- Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:
• Garisan
• Rupa
• Bentuk
• Jalinan
• Ruang
• Warna
- Garisan
Garisan
ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai
jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta
rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan
gerakan dalam seni visual.
- Rupa
Rupa
ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.Aplikasi
melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar
(outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan
kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang
mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas
dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan
yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim.
Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
- Bentuk
Bentuk
ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan,
ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu
permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa
dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi,
tiga dimensi dan pelbagai dimensi.
- Jalinan
Jalinan
ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh
dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan pada
permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan
tampak yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan
tertentu untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi
dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada
permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi
sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan
sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat
dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi)
dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis
jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan.
-Ruang
Ruang
ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga
dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan
lebih besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian
belakang. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau
kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
Manakala dalam karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan
gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.
-Warna
Warna
pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna
terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder
dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan
kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan
dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna
tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.
No comments:
Post a Comment