Wednesday, May 30, 2012

KRAF - Seni Ukiran

UKIRAN KAYU 

 

1. PENDAHULUAN
Ukiran kayu tradisional adalah hasil kreativiti orang Melayu yang masih lagi dapat dilihat pada seni bina istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.




 




Antara ukiran kayu yang masih dapat dilihat ialah:
i.   Istana Kenangan di Bukit Chandan, 

     Kuala Kangsar, Perak
ii.  Istana Balai Besar, Kedah
iii. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan
iv.  Masjid Kampung Keling, Melaka
v.   Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, 

     Kelantan

 




2. UNSUR CORAK UKIRAN TRADISIONAL
    i.    Unsur fauna – motif ayam berlaga, motif itik pulang petang, motif badak mudik
    ii.   Unsur flora – motif bunga raya, pucuk kacang, bunga melur, bunga ketumbit
    iii.  Unsur kosmos – motif awan telipuk, motif semayang, motif awan larat, matahari
    iv.   Unsur geometri – dibuat pada alang pintu, tebar layer, dinding
    v.    Unsur kaligrafi – berdasarkan tulisan Arab atau tilisan Jawi

 

3. JENIS-JENIS UKIRAN KAYU
    i.    Ukiran Layang – dibuat pada permukaan kayu
    ii.   Ukiran Bunga Timbul – dibuat pada papan, latar 

          papan ditebuk
    iii.  Ukiran Tebuk Tembus – kayu atau papan ditebuk

          hingga tembus
    iv.   Ukiran Arca – berbentuk 3 dimensi seperti hulu keris 

          & kukuran
    v.    Ukiran Larik – dibuat pada batang kayu yang 

          berbentuk bulat 










 


KRAF - Seni Anyaman


ANYAMAN 

 

1. PENGENALAN
Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring helaian buluh, rotan, lidi, bertam,
mengkuang, pandan dan sebagainya. Antara contoh anyaman ialah tudung saji, bakul rotan, nyiru, bubu, lekar dan kampit.



 





2. ALAT YANG DIGUNA
    i.     Parang – untuk menetak pangkal daun
    ii.    Pisau – membuang empulur dan duri
    iii.   Pelurut – dibuat daripada buluh untuk melembutkan daun
    iv.    Tempayan – untuk merendam daun
    v.     Bekas besar – untuk mencuci
    vi.    Periuk – untuk merebus
    vii.   Dapur - diguna dalam proses mewarna
    viii.  Jangka – untuk membelah daun menjadi helaian yang dikehendaki
    ix.    Penyisip – untuk menyisip lebihan helaian daun supaya tidak terburai

 

3. PROSES MEMBUAT ANYAMAN
Ambil daun di waktu pagi / petang -> Potong bahagian pangkal -> Susun 3 – 5 helai -> Buang empulur -> Melayur daun di atas bara api -> Mengjangka daun -> Melurut daun -> Ikat menjadi tongkol -> Rendam dalam air biasa 2 hari 2 malam untuk melunturkan warna hijau daun ( air perlu ditukar 2 kali sehari ) -> Jemur hingga kering -> Proses mewarna -> Jemur semula -> Melurut daun sekali lagi -> Proses anyaman boleh dilakukan.



 




4. TEKNIK DAN PROSES ANYAMAN
    i.    Lagang – ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman
    ii.   Pepeh / Lepih – anyaman mati pada tepi tikar di akhir 

          proses anyaman
    iii.  Sisip – untuk mengelakkan anyaman terburai, alat 

          penyisip buluh digunakan
    iv.  Kerat – pisau tajam digunakan untuk mengerat lebihan / 

          baki anyaman

 

5. KELARAI
Kelarai ialah corak atau motif pada sesuatu anyaman. Biasanya kelarai yang terdapat apada anyaman adalah berasaskan flora, fauna, geometri, abstrak, nama tempat dan nama pereka.

 



6. FUNGSI TIKAR
     i.     Tikar biasa – alas tidur & untuk tetamu
     ii.    Tikar sembahyang – sebagai sejadah
     iii.   Tikar parudan – alas semasa memarut kelapa
     iv.   Tikar jemuran – untuk menjemur padi
     v.    Tikar alas nikah – diguna semasa upacara akad nikah

 

7. BENTUK TIKAR    Tikar terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu;
    i.    Badan
    ii.   Kepala tikar
    iii.  Bucu tikar
    iv.   Tepi tikar

KRAF - Seni Tenunan


TENUNAN 

 









 
1. PENGENALAN
 
a)   Tenunan ialah proses menjalin helaian benang sehingga menjadi sebidang kain.
b)   Tenunan songket terkenal di pantai timur manakala tenunan pua terkenal di sabah dan 

       sarawak
c)   Tenunan dipercayai bermula di Kelantan (1610 – 77) sebagai perusahaan kecil di 

       Kg. Penambang dan Kg. Laut.
d)   Tenunan di Kelantan dan Terengganu banyak menggunakan benang emas dan perak 

       manakala di Pahang menggunakan benang sutera.

 


2. TENUNAN SONGKET
  
a) Songket berasal daripada perkataan ‘sungkit’ iaitu 
     kegiatan menyungkit dengan lidi buluh dan nibung.
b) Pada masa dahulu songket ditenum dengan benang 

     sutera dan kini ia ditenum dengan benang kapas atau 
     kedua-duanya sekali.
c) Kain songket dipakai oleh golongan bangsawan dan 
     pakaian diraja pada majlis rasmi. 

d) Bahan yang biasa diguna ialah 
     benang loseng yang berfungsi 
     sebagai kain dasar dan benang 
     pakan sebagai benang sisip 
     untuk membentuk motif.
e) Alatan untuk membuat songket ialah 

     jentera, cuban, belira, torak, loseng, 
     peleting, sumbi, rahak, kek tangan 
     dan kek kaki.
f)  Motif yang biasa diguna ialah motif 

     flora, fauna, geometri, makanan, 
     benda, dan awan larat.

 
 


g) Proses tenunan songket:
    i.   Mewarna benang dengan bahan pewarna asli 

         seperti kunyit
    ii.  Menerai benang iaitu memasukkan benang ke 

         dalam rahak untuk diputar pada peleting
    iii.  Menganing iaitu proses menyusun dan menentukan 

          ukuran benang
    iv.   Menggulung benang ke papan gulung yang dipanggil 

          benang loseng
 
v.    Menyampuk iaitu memasukkan benang loseng ke gigi jentera
vi.   Mengarat iaitu proses pembentukkan dua lapisan benang loseng
vii.  Menyolek dilakukan dengan menyusun lidi buluh untuk membentuk motif
viii. Menenum dilakukan dengan alat yang dipanggil kek iaitu proses menyilang benang 

      loseng dan benang pakan sehingga menjadi kain


 

3. TENUNAN PUA / PUA KUMBU

 
a)   Popular di kalangan kaum Iban di sarawak
b)   Diguna sebagai kain dastar (tengkolok), 

      hiasan kepala atau pakaian lengkap ketika 
      upacara tertentu
c)   Menggunakan warna cerah seperti merah, 

      kuning, biru, ungu dan latar hitam
d)   Motif yang diguna ialah flora dan fauna 

      serta geometri yang berunsur ritual
e)   Menurut kepercayaan penenun mesti 

      mendapat kebenaran nenek moyang 
      terlebih dahulu sebelum menenum 



 

KRAF - Seni Tekat

TEKAT

1. PENDAHULUAN
  
- Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang 
  emas atau perak yang dijahit pada kain dasar baldu
- Seni tekat juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, 
  tekat bersuji dan tekatan.
- Barang yang biasanya di tekat ialah alas tempat 
  tidur, muka kasut pengantin, kipas pengantin, baju 
  pengantin, tudung saji, bekas barang kemas dan 
  bekas perhiasan

 

2. CIRI-CIRI TEKAT

i.    Baldu dan benang emas
ii.   Sulam penuh
iii.  Sulam pahat
iv.   Tekat timbul benang emas dan perak
v.    Tekat gubah ( tidak menggunakan mempulur )
vi.   Tekat perada ( perada emas ditampal pada kain )

 


 
3. UNSUR DAN BENTUK MOTIF
 
i.    Motif tumbuhan / flora
ii.   Motif geometri ( bersudut )
iii.  Motif burung / unggas
iv.   Motif awan larat

 




4. ALAT DAN BAHAN
 
i.   Cuban – untuk membulut benang emas / perak ( terdiri 
                   daripada cuban kayu, cuban buluh dan cuban 
                   kayu bercabang tiga )
ii.  Jarum  – untuk menjahit benang emas / perak
iii. Baldu   – kain berbulu halus dan lembut
iv.  Mempulur – isi tekatan yang dibuat daripada kertas keras
v.   Benang emas dan perak
vi.  Pemidang kayu – untuk meregangkan kain baldu

 

 5. PROSES TEKATAN

Sediakan pemidang -> Regangkan kain putih di atas pemidang -> Letakkan kain baldu di atas kain putih -> Kedua-dua kain tersebut dicantum menggunakan jahitan sembat -> Letakkan mempulur di atas kain baldu -> Rentang benang emas di atas mempulur -> Jahit benang emas dengan benang putih -> Ulang proses ini hingga siap. 






 
 



Tuesday, May 29, 2012

KRAF - Seni Batik

BATIK

1. PENGENALAN


a. Batik ialah hasil kraf yang dihasilkan melalui proses 

    menerap lilin dan mencelup kain
b. Batik terkenal di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunai
c. Ragam hias batik Malaysia dipengaruhi ragam hias batik 

    Indonesia
d. Perusahaan batik di Malaysia bermula di Kelantan dan 

     Terengganu


 



2. MOTIF-MOTIF BATIK

a. Motif flora – motif akar menjalar, buah pala, bunga 

    raya, daun keladi, daun menjalar bunga teratai dll
b. Motif fauna – motif burung, ayam jantan, ayam 

    betina, kala jengking, siput, rama-rama dll
c. Motif geometri – motif parang rosak, kisi-kisi, 

    swastika, jalur, pilin berganda ‘S’ dll
d. Motif isen – motif ada-ada, centel, penutupan, 

    sisik, mata dara, sabut kelapa dll

 


3. JENIS-JENIS BATIK

a. Batik tulis / lukis – menggunakan canting untuk 

    menerap lilin
b. Batik terap / blok – menggunakan blok / sarang 
    untuk menerap lilin
c. Batik skrin – menggunakan pemidang skrin dan sekuji
d. Batik pelangi – menggunakan teknik ikat dan celup, tidak menggunakan lilin
e. Batik pelbagai jenis – menggunakan pelbagai teknik

 

4. PROSES MEMBUAT BATIK
 

a. Batik tulis / lukis
Basuh kain putih -> regangkan pada pemidang kain -> buat lorekan corak dengan pensel -> panaskan campuran lilin,damar dan minyak kelapa -> cedok lilin dengan canting -> lukis ikut lakaran pensel -> warnakan -> keringkan -> sapu sodium silikat (untuk mematikan warna) -> biarkan 8 hingga 12 jam -> rebus kain dengan air panas campuran soda ash -> rendam dan basuh dengan air biasa keringkan

 

b. Batik terap / blok
Lukis lakaran motif -> buat blok ikut lakaran motif dengan kepingan logam -> basuh kain untuk hilangkan kanji -> bentangkan kain di atas meja pengecap -> panaskan lilin dalam kuali leper -> celup blok ke dalam lilin -> celupkan kain yang siap dicop ke dalam warna Naphtol -> rebus kain dalam campuran soda ash -> basuh dan jemur kain


 




c. Batik pelangi
Ikat kain dengan ikatan yang sesuai -> bancuh air dengan pewarna -> celup beberapa kali ke dalam pewarna -> cuci kain dan keringkan (untuk mendapat kesan beraneka warna, kain perlu diikat dan dicelup beberapa kali)

KRAF - Seni Tembikar

TEMBIKAR


1. PENGENALAN


 
Seni tembikar wujud di Tanah Melayu sejak beribu tahun dahulu. Buktinya terdapat penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tambun, Perak; dan Gua Niah, Sarawak.

 


Kawasan yang terkenal dengan seni tembikar ialah:
   a) Sayong, Kuala Kangsar, Perak ( Labu 

       Sayong )
   b) Pulau Tiga, Parit, Perak
   c) Kg. Mambong, Kuala, Krai Kelantan 

       ( Tembikar Mambong )
   d) Kg. Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang 

       ( Terenang )
   e) Kg. Alor Merah, Kedah
   f)  Kuching, Sarawak


2. JENIS-JENIS TEMBIKAR
    a- Geluk – bekas air
    b- Buyung – bekas air
    c- Jambangan – bekas bunga
    d- Labu – bekas air
    e- Bekas bara- membakar kemenyan
    f- Perembunan – menakung air embun
    g- Terenang – bekas air tertutup
    h- Tembikar Mambong – peralatan dapur spt periuk, belanga
    i- Tembikar Sarawak – menyimpan barang berharga, arak dan bunga















3. PROSES MEMBUAT TEMBIKAR

 a) Proses Penyediaan Tanah Liat
Ambil tanah busut/sungai/sawah -> Keringkan/jemur -> Tumbuk hingga hancur -> Buang bendasing -> Ayak -> Kacau dan campur air -> Peram semalaman -> Uli hingga sebati -> Potong dengan dawai -> Uli semula -> Potong dengan dawai -> Proses membentuk tembikar boleh dimulakan.

 
b)Proses Membentuk Tembikar
Proses membentuk tembikar boleh dilakukan dengan beberapa teknik, iaitu;
   i.   Teknik picit – memicit tanah liat dari bahagian 

        tengah
   ii.  Teknik lingkaran – tanah diuli dan dilingkar 

        membentuk tembikar
   iii. Teknik kepingan – kepingan tanah liat 

        dicantumkan
   iv.  Teknik acuan – menekan tanah liat ke dalam 

       acuan kayu atau logam
   v.   Teknik putaran – tanah liat di letak di atas roda 

                                                                         pemutar

c)Proses Pembakaran


 
 
Teknik tradisional – pembakaran dedah
   i.   Pembakaran cara Sayong – tembikar diletakkan di atas para selama 6 jam dan   

        dimasukka ke dalam api selama 6 – 8 jam dan dimasukkan ke dalam sekam padi 
        5 – 10 minit untuk menghitamkannya
   ii.  Pembakaran cara Pulau Tiga – tembikar dikeringkan di sisi unggun api, kemudian 
        dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kuning kehitaman



Teknik Pembakaran Moden
   i.   Tanur kayu
   ii.  Tanur gas
   iii. Tanur elektrik
   iv.  Tanur raku 


Tuesday, May 22, 2012

Apresiasi Seni

DEFINISI

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan
“logical operation such as defining, valuing and explaining”
 
Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978)
“if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character”

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.


Macfee (1961) menegaskan bahawa
“…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration…”


Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI SENI

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni
b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan
c) Menghasilkan karya (produk seni)
d) Memahami seni dan hubungannya
e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni


TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan
dalam apresiasi seni iaitu:

a) Pendekatan secara logik
b) Pendekatan secara psiklogi


PENDEKATAN SECARA LOGIK

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut:
 
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai estetika dan pengaruh. 

Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid,
mengumpul dan menyusun gambar-
gambar

Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran

Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.


PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

1. Secara perbincangan dan perbandingan
2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery)
3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni
4. Secara menyediakansetting/set induksi
5. Secara membesarkan gambar
6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar
7. Secara aktiviti permainan seni
8. Secara lawatan/pameran
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

 

KAEDAH MELIHAT SENI

Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:
a) Hedonistic
b) Kontekstualistik
c) Organistik
d) Normistik
e) Elektik



  
a. KAEDAH HEDONISTIC

Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci.
 
Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

• Suka/tidak
• Tertarik/tidak
• Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.


b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK
Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.


c. KAEDAH ORGANISTIK

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

d. KAEDAH NORMISTIK

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.

e. KAEDAH ELEKTIK

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

 
PROSES APRESIASI SENI 
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian

a. MENGGAMBARKAN

Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur

b. MENGANALISA

i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur
ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
iii. Menghauraikan stail sesuatu karya


c. TAFSIRAN

i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan
ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk  menjelaskan makna tersebut.

d. PENILAIAN

i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi
ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.