Wednesday, December 23, 2015

INFO SENI - CATAN (Sejarah & Aliran Seni Catan Di Malaysia)

Aliran Realisme

Aliran realisme adalah proses peniruan semula alam fizikal kepada alam maya. Merupakan aliran yang mementingkan kebenaran dan ketetapan terhadap apa yang dilihat oleh mata secara visual dan tepat. Aliran ini mementingkan mesej dan aspek-aspek formalistik dalam menghasilkan sesuatu karya. Subjek utama yang dilukis adalah berkaitan dengan rakaman alam semulajadi dan situasi sebenar kehidupan seharian. Kebiasaannya aliran ini menggunakan media konvensional dalam proses berkarya. Contoh cat minyak,akrilik, cat air dan poster colour. 

Contoh pelukis Malaysia yang mengunakan aliran ini ialah Mohd Hoessein Enas yang digelar sebagai “Bapa Seni Lukis Potret Malaysia” kerana kejayaan beliau dalam menghasilkan potret yang berbentuk real. Contoh karya Memetik Daun Tembakau di Kelantan (1962), Menanam Padi (1989) dan sebagainya. 

Memetik Daun Tembakau di Kelantan (1962

Menanam Padi (1989)

Begitu juga pelukis Jaafar Taib ‘Sang Juara’ (2005), Johan Marjonid  ‘Arca Alam II’ (2003). Pelukis barat pula ialah Gustave Courbett ‘The Stonebreaker’ dan Jean- francois Millet dalam lukisan yang bertajuk ‘Potato Planters’ (1861)


Sang Juara (2005)


Johan Marjonid  ‘Arca Alam II’ (2003)

Aliran Abstrak Ekspresionisme       

Aliran ini berkembang selepas perang dunia kedua. Kemunculan istilah pertama aliran ini adalah di Jerman pada tahun 1919 di dalam majalah Der Sturm yang merujuk kepada sekumpulan artis Ekspressionis Jerman. Selain itu, aliran ini juga mempunyai pengaruh dengan aliran Surelisme dan aliran Kubisme. Karya-karya aliran ini mengambarkan luahan perasaan yang sebenar melalui penggunaan warna, sapuan berus, renjisan warna dan aksi pelukis dengan pelbagai cara yang bebas. Artis mementingkan kespontanan, intuitif dan pemikiran bebas daripada perancangan dalam berkarya. Kepentingan aksi semasa melukis diambil kira dan memberi kesan kepada karya. Contohnya karya Jackson Pollock yang berjudul “Autumn Rhythm” dihasilkan dengan cara mencurah, merenjis, atau menyapu cat dengan pergerakan keseluruhan anggota badan sehingga warna memenuhi keseluruhan kanvas. Karya ini memperlihatkan warna yang dimanipulasi bagi penghasilan garisan dan jalinan yang mengambarkan pergerakan yang dinamik. Aliran ini juga banyak menggunakan simbol untuk menyampaikan mesej, imej abstrak dan hilang sifat realistik di samping mengutamakan unsur warna, bentuk, dan garisan serta menggunakan pelbagai teknik dan media. Antara pelukis barat yang mengamalkan aliran ini ialah ‘Franz Kline’ (Amerika 1910-1962) @Untitled 1950’cat minyak dan ‘Jackson Pollock’ (Amerika 1912-1956)@ ‘Number One’ cat minyak (renjisan). Para pelukis tempatan pula ialah ‘Syed Ahmad Jamal’ @ Harapan 1962, cat minyak , ‘Yeoh Jin 1962, cat minyak dan ‘Abdul Latiff Mohidin’ @ Pemandangan 111 1966, cat minyak .

AliranKiubismeKubisme merupakan aliran yang paling inovatif, kreatif, dan berpengaruh besar dalam perkembangan aliran seni rupa di era abad 20an. Aliran kubisme adalah sebuah gerakan seni rupa moden pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Prinsip dasar yang umum pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan , penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dalam aneka bentuk. Gerakan ini dimulai pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Ciri dari aliran ini adalah mengaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna di atas kanvas yang diibaratkan sebagai media pecahan kaca. Istilah "Kubis" itu sendiri, tercetus berkat pengamatan beberapa pelukis iaitu Louis Vauxelles (kritikus Prancis) setelah melihat sebuah karya Braque di Salon des Independants, berpendapat bahawa bahawa karya Braque sebagai reduces everything to little cubes (menempatkan segala sesuatunya pada bentuk kubus-kubus kecil. Gil Blas menyebutkan lukisan Braque sebagai bizzarries cubiques (kubus ajaib). Sementara itu, Henri Matisse menyebutnya sebagai susunan petits cubes (kubus kecil). Maka untuk selanjutnya dipakai istilah kubisme untuk memberi ciri dari aliran seperti karya-karya tersebut sebagai aliran dalam seni visual

Pop Art          Istilah Pop Art dicipta oleh pengkritik Inggeris iaitu Lawrence Alloway untuk mencipta satu pergerakan ataupun kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai "Independence Group" yang bergerak aktif pada tahun 1954-1955. (ENglish Pop Art). MAnakala di Amerika Syarikat, Pop Art lahir di tengah-tengah kesibukan kota d New York. Pada tahun 1959, Robert Rauschernberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis Pop Art yang pertama.
Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme apabila ia menggunakan imej bergambar serta teknik "hard-edge" dan fotografi. Pelukis-pelukis yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada JAsper John Dan Robert. Manakala pelukis Pop ARt yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blake dan Allen Jones. Pelukis Pop Art yang begitu kreatif dan juga yang mempunyai kemahiran yang begitu bermutu tinggi di dalam penghasilan karya atau lukisan yang berkaitan dengan Pop Art di Malaysia terdiri daripada Ismail Zain, Redza Piyadasa, dan Ahmad Shukri Mohamad. Di antara hasil karya pelukis-pelukis Pop Art Malaysia ialah "Pemandangan Malaysia Teragong'.


Aliran Impressionisme
Impressionisme bermula apabila timbulnya salah faham antara artis dan audien. Keadaan ini menimbulkan situasi luar biasa kepada audien tentang seni, keadaan ini berlaku berikutan perkembangan dan kemajuan berlaku dengan pesat. Masyarakat mula berkehendakkan kehidupan kepada yang lebih baik, mereka merasakan perlu memperolehi termasuklah apa yang dilalui oleh kelas atasan seperti pendidikan, hobi dan arts. Pemikiran tentang seni klasik perlu berubah, selepas tahun 1860 pengkarya mula memikirkan rakaman secara spontan berdasarkan apa yang dilihat. Rakaman lukisan mestilah jujur iaitu melalui kesan berus yang perlu dinampakkan dengan jelas. Photographic di dalamnya hendaklah ada nilai poetic dan jiwa. Ini adalah idea baru mengenai teori yang berkait dengan pengalaman mata. Mata menerima informasi yang hanya melalui warna. Ianya juga bukan sekadar menghasilkan landskap malahan menghasilkan sensasi daripada landskap tersebut. Impressionisme mula wujud apabila pengkritik seni iaitu M. Louis Leroy menulis dalam jurnal ’ Le Charivari tentang seni lukisan Claude Monet Impressionisme Sunrise 1872. Aliran impresionisme adalah aliran yang mementingkan pengcahayaan dan merakam cahaya  di luar studio. Pengkarya aliran ini tidak mementingkan imej yang ingin dipaparkan dan hanya mementingkan cahaya. Aliran ini menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan. Warna memainkan peranan penting dalam menghasilkan cahaya. 
Warna wujud kerana cahaya. Oleh itu apabila cahaya berubah maka warna pun turut berubah. Cahaya sentiasa mempengaruhi warna dan cahaya pula sentiasa berubah. Mereka melukis di luar studio untuk melukis apa yang mereka lihat dan bukan apa yang mereka tahu.  Contoh pelukis tempatan yang menggunakan aliran ini ialah Osman Bakar  “Pekan Kita Sebelum Merdeka”, Md Sanim Md Dom “Wadah Perikatan”. Pelukis barat pula ialah Vincent Van Gough “Bedroom”.

Aliran Ekspressionisme
Menolak ciri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Aliran FuturismeFuturisme dari bahasa Perancis, futur atau bahasa Inggris, future yang keduanya berarti “masa depan” adalah sebuah ilmu yang mempelajari masa depan aliran seni yang avant-garde, atau sebelum masanya, terutama pada tahun 1909 Masehi. Futurisme juga pandangan yang lebih mementingkan masa depan. Futurisme adalah aliran seni yang mendukung perkembangan tipografi sebagai unsure ekspresi dalam desain, artinya dalam futurisme huruf tidak hanya diperlakukan sebagai tanda bunyi tetapi juga sebagai lambang rupa untuk menyampaikan suatu makna. Hal ini disebabkan karena banyak penyair futurisme yang memanfaatkan tipografi sebagai bagian dari ungkapan perasaannya dalam berpuisi.

Aliran SurealismeTumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Aliran Dadaisme
Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga merupakan penciptaan’.

INFO SENI - CATAN (Kronologi Aliran Dalam Seni Catan)

Aliran Kubisme 

Kubisme merupakan aliran yang paling innovative, kretaif, dan berpengaruh besar terhadap dalam perkembangan aliran seni rupa di era abad 20an. Aliran kubisme adalah sebuah gerakan seni rupa moden pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Prinsip dasar yang umum pada kubisme yaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan , penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dalam aneka bentuk. Gerakan ini dimulai pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Ciri dari aliran ini adalah mengaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna di atas kanvas yang diibaratkan sebagai media pecahan kaca. Istilah "Kubis" itu sendiri, tercetus berkat pengamatan beberapa pelukis iaitu Louis Vauxelles (kritikus Prancis) setelah melihat sebuah karya Braque di Salon des Independants, berpendapat bahawa bahawa karya Braque sebagai reduces everything to little cubes (menempatkan segala sesuatunya pada bentuk kubus-kubus kecil. Gil Blas menyebutkan lukisan Braque sebagai bizzarries cubiques (kubus ajaib). Sementara itu, Henri Matisse menyebutnya sebagai susunan petits cubes (kubus kecil). Maka untuk selanjutnya dipakai istilah kubisme untuk memberi ciri dari aliran seperti karya-karya tersebut sebagai aliran dalam seni visual. 

 
Original Pablo Picasso Vallauris Linocut
Man with a Stick
Printed by Arnera, Vallauris
Paris 1963
Hand Signed in Pencil
Size: 25" x 29"
41" x 46" Framed
 

Lukisan Picasso "Gadis di Depan Cermin" merevolusionerkan perspektip penanganan seni modern. (Ukuran 64 x 51 1/4) cat minyak; koleksi Museum Seni, New York, hadiah Ny. Simon Guggenheim 

 
Picasso
'Man with a Violin' 1912
Cat minyak aras kanvas
39.3 x 29.7

Pop Art

Istilah Pop Art dicipta oleh pengkritik Inggeris iaitu Lawrence Alloway untuk mencipta satu pergerakan ataupun kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai "Independence Group" yang bergerak aktif pada tahun 1954-1955. (ENglish Pop Art). MAnakala di Amerika Syarikat, Pop Art lahir di tengah-tengah kesibukan kota d New York. Pada tahun 1959, Robert Rauschernberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis Pop Art yang pertama.

Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme apabila ia menggunakan imej bergambar serta teknik "hard-edge" dan fotografi. Pelukis-pelukis yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada JAsper John Dan Robert. Manakala pelukis Pop ARt yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blake dan Allen Jones.

Pelukis Pop Art yang begitu kreatif dan juga yang mempunyai kemahiran yang begitu bermutu tinggi di dalam penghasilan karya atau lukisan yang berkaitan dengan Pop Art di Malaysia terdiri daripada Ismail Zain, Redza Piyadasa, dan Ahmad Shukri Mohamad. Di antara hasil karya pelukis-pelukis Pop Art Malaysia ialah "Pemandangan Malaysia 


Redza Piyadasa
"Pemandangan Malaysia Teragung" 
Media campuran
228 x 177cm.
Andy Warhol
Campble Soup
Pameran Solo 

Impressionisme

Impressionisme bermula apabila timbulnya salah faham antara artis dan audien. Keadaan ini menimbulkan situasi luar biasa kepada audien tentang seni, keadaan ini berlaku berikutan perkembangan dan kemajuan berlaku dengan pesat. Masyarakat mula berkehendakkan kehidupan kepada yang lebih baik, mereka merasakan perlu memperolehi termasuklah apa yang dilalui oleh kelas atasan seperti pendidikan, hobi dan ’ arts ’.

Pemikiran tentang seni klasik perlu berubah, selepas tahun 1860 pengkarya mula memikirkan rakaman secara spontan berdasarkan apa yang dilihat. Rakaman lukisan mestilah jujur iaitu melalui kesan berus yang perlu dinampakkan dengan jelas. Photographic di dalamnya hendaklah ada nilai poetic dan jiwa. Ini adalah idea baru mengenai teori yang berkait dengan pengalaman mata. Mata menerima informasi yang hanya melalui warna. Ianya juga bukan sekadar menghasilkan landskap malahan menghasilkan sensasi daripada landskap tersebut. Impressionisme mula wujud apabila pengkritik seni iaitu M. Louis Leroy menulis dalam jurnal ’ Le Charivari tentang seni lukisan Claude Monet Impressionisme Sunrise 1872.Antara karya yang dapat diketahui ialah..


Terrace at Sainte-Adresse By Claude Monet
Oil On Canva
98 x 130cm(39x51 in)
Date : 1867
Metropolitan Muzium, New YOrk


Bather with a Griffon by renior ;
Oil on canvas ;
184 x 115cm ( 72 x 45in ) ;
1870. Museum of modern art,
Sao Saulo


Bathers at La grenouillere by Monet 
Oil on canvas 73 x 92 cm ( 29 x 36 in )
National Galerry London 
1869

Zaman Fauvisme membawa makna “Binatang buas’

Para pengkritik seni melihat bagaimana karya pada zaman ini dihasilkan dengan menggunakan warna panas dan diubah-ubah mengikut kreativiti sendiri dan tidak lagi meniru warna sebenar. Selain itu, pengkritik juga menilai karya pada zaman ii melalui sapuan berus yang dilakukan oleh pelukis yang kebanyakan mereka melukis dengan sapuan berus yang kasar. Pergerakan ini bermula pada tahun 1905 di mana beberapa orang pelukis yang diketuai oleh Henri Matisse berkumpul dan menghasilkan karya dengan mengecat dengan warna yang terang, bersemangat, ringkas dan mempunyai komposisi yang dekoratif. Beberapa kumpulan telah mengambil bahagian di dalam pergerakan fauvisme.termasuk Studio Gustave Oreou, Akedemi Carriera (Marquet, Meuguin dan Ilatisse Camion) dan Studio Chatou (The Rain, Vlaminck).


The Turning Road, L´Estaque,
Henri Matisse
1906 

 
Woman with a Hat by Henri Matisse, 1905
Henri Matisse
1906 

"Charing Cross Bridge, London"
(1905)
Neo Klassik

’Neo’ bermaksud ’baru, menghidup semula, ,memberi nafas baru, modenasi dan diperbaharui’. ’Klasik’ bermaksud sesuatu yang tiggi nilainya, terpuji, terkenal kerana di dalamnya mempunyai sejarah dan seni’. ’Neo-Klasik’ bermaksud menghidupkan semula kesenian zaman klasik. Selain itu, neo-klasik juga bermaksud ’dihidupkan kembali supaya konsisten, pengetahuan serta pemikiran terbuka kepada masyarakat umum- A revolution of mind. 
 
’The Death of Socrates’
Dihasilkan Sekitar tahun 1784-5
Cat minyak 
14x11 ka. (4.27 x 3.35 m )
Louvre, Paris. 

INFO SENI - CATAN (Aliran Seni Catan Barat)

Definisi catan

• Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan.
• Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.

Sejarah Seni Catan

• Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko.
• Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko.
• Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.

Karya Eugene Delacroix
• Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme.
• Berjodol Liberty Leading the People (1830).
• Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.


Karya Van Gogh

Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19.
Aliran Impressionisme.
Berjodol : Bedroom.
mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang.
Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.

Karya Warhol

• Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20.
• Aliran Pop Art.
• Berjodol Marylin Monroe
• Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu.
• Gaya umpama poster untuk pengiklanan.

Aliran-aliran seni catan di barat

• Klasik
• Barroque
• Romanticisme
• Impressionisme
• Post-Impressionisme
• Ekspressionisme
• Kubisme
• Surelisme
• Seni Pop

Aliran Klasik

• Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
• Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
• Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
• Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.
• Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.
• Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.

Leonardo Da Vinci

Michalengelo
Aliran Romanticism

• Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
• Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.
• Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
• Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura
• Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.
• Penggunaan garisan luar yang terang.
• Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja.
• Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.
• Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

Eugene Delacroix

Eugene Delacroix

Eugene Delacroix

Francisco José de Goya
Francisco José de Goya

Aliran Barroque

• Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
• Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
• Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.
• Latar belakang karya berwarna gelap
• Karya tertumpu kepada objek

Rembrandt van Rijn

Rembrandt van Rijn

Rembrandt van Rijn
Aliran Impressionism

• Aliran muncul pada abad ke-19.
• Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
• Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
• Warna bertindih-tindih.
• Tidak melukid secara detail.
• Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. 
• Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.
• Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
• Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat. 

Claude Monet

Claude Monet
Edgar Degas

Vincent Van Gogh

Pierre-Auguste Renoir
Aliran Post-Impressionisme

• Realiti itu sentiasa baru dan tegas
• bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
• bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
• melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.
• melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
• perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
• warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

George Seurat

Paul Cezanne

Paul Gauguin
Aliran Kubisme

• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
• Warna yang bertenaga

Pablo Picasso

Marcel Duchamp
Aliran Ekpresionisme

• Menolak ciri-ciri tradisi klasik
• Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
• Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
• Penggunaan warna yang dramatik
• Tidak ada imej yang jelas.
• Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

Wassily Kandinsky

Jackson Pollock
Aliran Surelisme

• Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
• Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
• Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
• Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
• Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
• Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

Salvador Dali
Aliran Seni Pop

• Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.
• Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
• Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
• Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
• Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.
• Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Andy Warhol